Thursday, April 9, 2009

Demonstrasi di KPZ?

secara kebetulan aku menjadi saksi satu demonstrasi kat kolej kediaman aku, iaitu Kolej Pendeta Za'ba (KPZ), UKM.

DEMONSTRASI??

sepanjang hampir 4 tahun kat sini, ni lah pertama kali aku tengok ada demonstrasi kat kolej ni. nasib baik demonstrasi tak sampai tahap agresif, dan takde sepanduk or kecoh2. cuma student berkumpul jer.

mase tu (semalam - 8/4/2009, dalam pukul 6 petang) aku kat bus stop, tengah tunggu bas nak keluar. pastu ade announcement yang mintak penghuni2 kolej supaya turun ke bus stop depan Blok A dan B untuk menyertai demonstrasi tu.

lahh..patut la ramai (dan bising) semacam jer kat bus stop tu. actually takde la ramai sangat. dalam 20 orang cam tu la. tapi macam pelik lah, berkumpul kat bus stop tapi tak naik bas. sedangkan bas dah ade, & dah tiga bas yang jalan.

dalam hati aku; haiihh...ade gak yang tak dapat stay kolej semester depan.

yer, itulah kenyataan. bukan pemikiran lapuk. tapi rasanya kenyataan itu memang tak boleh diubah. sedangkan yang pro-pembangkang dan memangkah calon pembangkang di kertas undi (masa pilihanraya kampus) pun tak dapat stay kolej. jauh plak aku pegi, sampai ke politik kampus. adOiii...

ape yang menyebabkan diorang buat demonstrasi ni?

diorang siap ade edarkan flyer lagi. flyer itu berbunyi;




PERSATUAN MAHASISWA
UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA


Kami, MPP UKM ingin menyatakan pendirian kami berkaitan Kolej Pendeta Zaba:

  • MEMBANTAH mewajibkan para pelajar KPZ membeli sticker kenderaan
  • MEMBANTAH penutupan pintu pagar parking di KPZ
  • MENYERU pihak pentadbiran UKM agar membeli KPZ daripada pihak swasta
  • MENYERU pihak bertanggungjawab mengadakan kemudahan asas dan wifi yang terbaik di KPZ

  • Ayuh para pelajar, berilah sokongan anda kepada PMUKM demi membela kebajikan anda.
    Sebarang masalah, sila berurusan dengan pihak PMUKM melalui emel atau telefon atau terus ke pejabat PMUKM di Pusanika.


    "ASPIRASI SEPAKAT
    TRANSFORMASI GEMILANG"



    aku ade komen sikit pasal tuntutan2 diorang dalam flyer ni.

    Pertama; "MEMBANTAH mewajibkan para pelajar KPZ membeli sticker kenderaan"
    sebenarnya aku pun tak tau ape motif pihak pentadbiran kolej mewajibkan penghuni kolej yang ada kenderaan supaya membeli sticker. tapi sebab aku tak bawak kenderaan, so aku tam ambik port sangat. tapi aku nk ackap ni berdasarkan pengalaman aku.
    harga sticker tu hanyalah RM5. tapi bagi aku agak keterlaluan lah mewujudkan "sistem" sticker kenderaan kat kolej kenderaan. kalo tak bayar, dan terkantoi, ada la "akibatnya". kolej lain takde plak macam ni. ni kolej satu2nya kolej kat ukm yang ada sticker kenderaan. kalo sticker ukm tu, logik lah. memang harus pun.
    pagi sebelum tu ada sebuah kereta kena clamp (clamp oleh pihak kolej) kat parking depan Blok A. sama ada sebab takde sticker atau parking kat tempat yang tak sepatutnya, aku tak tau la. tapi yang pasti, memang kereta tu parking kat tempat yang tak sepatutnya, yang bukan tempat parking.
    kalo dah tak cukup tempat parking, memanglah main bantai jer. asalkan tak menghalang lalu lintas. tul tak? abestu nak letak kat mane kete tu?
    kat kolej ni memang tak cukup tempat parking. kalo balik kolej lewat sikit jer (lewat petang), mesti parking dah penuh. so, fenomena parking kat tempat non-parking ni dah jadi fenomena biasa.
    clamp tu plak aku tengok dah sekian lama ada kat depan rumah felo Blok A. sudah ada persediaan agaknya.
    jadi, adakah "sistem" sticker kenderaan ini merupakan salah satu method pihak kolej untuk "mencari" rezeki dan mengutip duit pelajar?


    Kedua; "MEMBANTAH penutupan pintu pagar parking di KPZ"
    kat pintu masuk ke parking ade pagar? ade. pintu2 pagar ni dibuat sejak seminggu yang lepas. untuk ape? aku pun pelik. tapi secara logiknya, mesti la ade kaitan dengan sticker kenderaan. kalo tak ada sticker, tak boleh masuk tempat parking. begitukah? oh, sungguh tertekan para pelajar dan penghuni kolej.


    Ketiga; "MENYERU pihak pentadbiran UKM agar membeli KPZ daripada pihak swasta"
    yang ni memang aku setuju sangat2. KPZ dimiliki oleh Kausar Corporation Sdn Bhd, iaitu badan swasta, bukannya dimiliki oleh UKM. satu2nya kolej kediaman di UKM yang dimiliki oleh badan swasta. sebab tu lah yuran kediaman kolej ni mahal tahap cipan. memang cekik darah.
    bila lagi UKM nak ambik alih KPZ? sampai bila para pelajar nak tanggung semua karenah2 yang membebankan ni?

    Keempat; "MENYERU pihak bertanggungjawab mengadakan kemudahan asas dan wifi yang terbaik di KPZ"
    yang ni aku rase macam merepek sikit.
    bab kemudahan asas - aku rase takde la teruk sangat. dan aku rasa, kolej ni adalah kolej yang paling best dan paling selesa dari segi kemudahan asasnya. aku suka sebab kolej ni agak baru, bilik selesa, tak suram atau gelap macam kolej lain, dan cafe (makanan) pun best, ade macam2 pilihan. aku tak tau lah kemudahan asas apa yang dimaksudkan oleh diorang.
    bab wifi plak - apa masalahnya dengan wifi kat kolej? bukan ke sekarang ni guna wifi UKM-JARING? dan wifi ni bukannya disediakan oleh pihak kolej. ntah la. aku pun tak paham.
    kalau sebelum ni, memang la pihak kolej ada sediakan kemudahan wifi, tapi kena bayar RM30 sebulan (kalau nak subscribe untuk beberapa bulan jer) , atau RM100 satu semester.
    memang cekik darah.



    sepanjang hampir 4 tahun aku kat kolej ni, dah macam2 pengalaman yang aku hadapi kat kolej ni. ada yang best, ada yang tak best. yang best, macam yang aku sebut tadi la, kolej ni agak selesa. makanan pun ada macam2 pilihan, best2 plak tu. sekarang ni lagi la, ada kedai mamak lagi.

    sebab tu la aku tak terfikir untuk pindah ke kolej lain walaupun ada kawan2 yang bagi cadangan supaya aku pindah kolej jer. apekah yang best sangat kolej lain? bilik pun gelap semacam jer. aku bukan nak kutuk kolej lain. tapi aku tak suka kalau orang kutuk2 kolej ni tanpa asas yang kukuh. kalau tak tau ape2, tak payah la nak tunjuk pandai kutuk benda tu, kutuk benda ni. dah macam budak2 plak nak kutuk2 pasal kolej lain, pastu nak banding2kan kolej lain dengan kolej dia. tak mature sungguh. apedaa.. xD

    haihh,,tiba2 emosi plak. berbalik kepada pros and cons. yang tak best pasal kolej ni; aku kena jalan jauh untuk tunggu bas ke fakulti. capek deyh naik bukit. turun bukit tak kisah.

    satu lagi yang tak best dan yang aku memang tak suke + menyampah; kolej ni suke kutip duit dari student. macam2 hal dan macam2 cara yang dilakukan untuk kutip duit dari student. kalo bab buat spot check tu toksah cakap lah. memang aku tak boleh komen ape dah. sebab pihak kolej memang ada hak nak buat spot check. walaupun sebenarnya tujuan spot check itu hanyalah untuk "kutip" denda.

    sebab ape? sebab spot check yang dibuat hanyalah tertumpu kepada (banyak tertumpu kepada) rampasan periuk elektrik. tiap2 semester mesti ada spot check periuk elektrik. kesalahan lain pula dibiarkan je. contohnya, letak banyak2 selipar dan kasut kat luar bilik (hanya boleh letak sepasang selipar toilet je untuk seorang kat luar bilik). kenapa? sebab kalo rampas periuk elektrik, kena denda RM20. kalo kesalahan letak banyak2 selipar plak, hanya denda RM2 jer bagi sepasang selipar yang lebih. bijak, bukan?

    bab sticker, bayangkan kalo dari sorang student dapat RM5. kalo ada beratus-ratus orang (aku tak ingat la berapa ribu penghuni kolej ni) penghuni yang bawak kenderaan sendiri, berapa boleh dapat?

    yang paling ketara, masa akhir semester (macam sekarang ni la). dah akhir semester macam ni, mesti ramai yang perlukan stor untuk simpan barang2. coz nanti cuti, takan nak bawak semua barang balik rumah. nak2 yang duk jauh dan balik kampung naik bas jer.

    semester ni yuran tempahan stor adalah sebanyak RM15 untuk setiap pelajar.

    RM15??

    banyak persoalan kat sini. logik kah bayaran RM15 itu? tak logik. tak masuk akal (bagi aku)

    adakah bayaran itu akan memberikan jaminan bahawa barang2 yang disimpan di dalam stor itu akan selamat? bagi aku, langsung tak selamat. sebab stor itu hanyalah bilik tv dan bilik para pelajar yang telah dijadikan stor semasa cuti semester (dulu bilik aku pun pernah jadi stor, so aku kena pindah bilik lain lepas tu).

    tidak ada sesiapa yang mengawasi bilik2 stor tersebut untuk memastikan keselamatan barang2 yang disimpan di situ terjamin. stor tu memang dikunci. tapi bula ada pelajar yang nak simpan barang, bilik tu akan dibuka, dan kadang2 akan dibiarkan terbuka selama beberapa jam, tanpa ada pengawasan. itu semasa akhir semester, semasa pelajar2 masih ada di kolej.

    bagaimana pula semasa cuti semester dan semasa tidak ada sesiapa di kolej? memang lah ada petugas, tapi bagi aku, stor2 tu senang dipecah-masuk. pernah tombol bilik aku rosak, dan aku report kat pejabat. so, ade la maintenance datang. senang aje rupenye nak pecahkan dan cabut tombol pintu tu. ketuk 2,3 kali jer dah tercabut. agak scary.

    satu lagi, aku tak suke berurusan di kaunter pejabat kolej. sebab ada sesetengah staff kat situ yang memang berlagak nak mampos. sombong. suka marah2 pelajar. nak senyum, jauh sekali. apekehal lah. tak mesra alam langsung. tapi ada jugak yang sangat baik dan mesra pelajar. hanya ada beberapa kerat jer spesis alien. dan ada salah sorang staff, yang berada di carta paling atas. aku rase semua budak kolej ni ada tanggapan yang sama terhadap dia. kalo sebut jer, mesti tau. haiiii... ape nak jadi. dah tugas kita macam tu, buat lah dengan seikhlas hati. kalau tak suke dengan tugas kita, cari lah profesion lain. kalau nak keje yang goyang kaki aje, eloklah tanam anggur jer kat rumah.

    dan yang paling tak best kat sini; yuran kolej yang cekik darah. kalo tak silap aku, dalam RM610 satu semester (RM 4.50 sehari). agak cekik darah la, coz kolej lain dalam RM400 - RM500 jer satu semester (aku rase la.dah lupe).

    kawan2 aku semua bersetuju bahawa kolej ni memang suka "makan" duit pelajar. dan macam2 cara lah yang dilakukan untuk mengutip duit dari pelajar.

    ya Allah...apakah lagi yang akan dilakukan dan yang akan berlaku selepas ini? sungguh bernasib baik, aku dah nak abis study, dan ini adalah semester terakhir aku. tidak perlu lagi berhadapan dengan pelbagai karenah "birokrasi" kat sini.








    budak2 yang buat demonstrasi ni plak, aku tak tau la ape motif sebenar budak2 ni buat demonstrasi. sama ada betul2 mahu membela kebajikan penghuni kolej, atau ada niat lain. kalau betul2 ada niat ikhlas, alhamdulillah. kalu ada udang di sebalik megi,,,wallahualam.


    *p/s* aku sayang kolej ni. cuma tak suka dengan apa yang berlaku.
    .

    No comments: